Saturday, August 21, 2010

MERDEKA



MERDEKA MERDEKA MERDEKA..

Itulah laungan sempena bulan Kemerdekaan yang bakal kita akan sambutnya pada 31 Ogos.. Sudah 53thn negara kita merdeka, mungkin sesetengah rakyat kita sudah lupa akan apa ertinya kemerdekaan ini. Bersusah payah Perdana Menteri Pertama kita dan menteri-menterinya berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita, tetapi hari ini kita melupakannya atau merdeka terhadap perkara lain. Walaupun merdeka kita pada tahun ini jatuh di dalam Bulan Ramadhan apa salahnya kita menyambutnya juga walaupun secara kecil-kecilan sahaja.

Kita boleh tunjukkan semangat kemerdekaan kita dengan memasang bendera di rumah, kereta dan sebagainya. Hari ini saya melihat masyarakat kita telah kurang semangat kemerdekaan mereka, kemanakah perginya semangat kemerdekaan wahai rakyat Malaysia? Jangan sesekali hilang semangat itu dan kita harus beringat bukan mudah untuk mendapatkan kemerdekaan bagi negara kita pada masa dahulu.

Mungkin ada yang mengambil kesempatan di cuti umum hari kemerdekaan untuk membeli- belah maklumlah Hari Raya tiba tidak lama lagi.Lupakan seketika membeli-belah untuk persiapan raya, dan marilah kita sama-sama menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 untuk MALAYSIA..

No comments:

Post a Comment