
Malaysia, apakah keistimewaan negara kita ini? Mungkin dari segi kebudayaan, makanan, tempat pelancongan yang menarik dan sebagainya. Setiap negara mempunyai identiti dan imej masing-masing dan Malaysia, tanah air kita juga mempunyai identiti dan imej yang unik berbanding negara-negara lain. Pelancong daripada negara lain juga akan merasakan benda yang sama juga apabila memijak bumi Malaysia buat kali pertama. Mereka akan kagum dan terpesona dengan kelainan negara kita ini.
Negara Malaysia mempunyai keunikan utama iaitu negara berbilang bangsa seperti yang kita ketahui Melayu, Cina, India dan entik-entik yang pelbagai menghuni di negara ini. Apa yang dapat kita lihat di negara lain misalnya China, rata-rata penduduknya sama bangsa. Tetapi di Malaysia membuatkan ianya unik adalah penduduk berbilang kaum ini menjumpai jalan dan cara bagaimana untuk hidup dalam harmoni walaupun berbeza fahaman serta agama.
Aku sebagai rakyat Malaysia berbangga dengan negara yang kian pesat membangun dan mampu bersaing di mata dunia sekarang ini. Kita dapat lihat kemajuan yang telah Malaysia kecapi selama 53 tahun ini antaranya Proton Saga, Bangunan Berkembar Petronas, Menara Kuala Lumpur dan sebagainya. Mungkin sebelum ini ada orang yang memperlekehkan Malaysia bahawa tidak mampu berdaya saing seperti negara-negara maju lain tetapi dengan adanya teknologi yang maju , kerjasama dari masyarakatnya dan negara yang subur dengan hasil tumbuh-tumbuhan menjadikan Malaysia negara yang unik.
Selain itu, di Malaysia juga terdapat pelbagai perayaan seperti Hari Raya, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Di zaman kanak-kanak dahulu, begitu seronok apabila tibanya bulan Ramadhan pelbagai juadah yang di jual di bazar, dapat bermain bunga api bersama kawan-kawan. Alangkah seronoknya apabila kita mengimbas kembali zaman kanak-kanak kita dahulu.di samping itu juga dimusim perayaan ini juga kita dapat menziarahi sanak saudara mahupun kawan walaupun kita berlainan bangsa serta agama.
Di samping itu juga di Malaysia terdapat pelbagai makanan da budaya yang unik. Contohnya, ketupat dan lemang boleh dinikmati oleh kaum-kaum lain selain Melayu, senaman Taichi bukan sahaja dipraktikkan oleh kaum Cina sahaja. Secara tidak langsung masyarakat Malaysia berkongsi budaya dengan kaum-kaum lain dan dinamakan “ Budaya Malaysia” serta bersesuaian dengan konsep 1 Malaysia di masa kini. Ini kerana mereka telah membentuk budaya baru dalam masyarakat Malaysia yang boleh dikongsi bersama.
Di Malaysia juga terdapat tempat pelancongan yang menarik untuk dilawati dan mempunyai sejarah yang tersendiri yang mungkin kita sendiri tidak ketahuinya. Terdapat pulau dan pantai yang cantik, tempat bersejarah, hutan simpan yang boeh di kunjungi. Apa yang dapat kita lihat sekarang pelbagai bangsa asing datang melawat di negara kita dan rata-rata mereka mengatakan Malaysia sungguh unik dan menarik. Contohnya, Hari Kemerdekaan mereka dapat melihat kemeriahan kita menyambut kemerdekaan.
Pemandangan –pemandangan indah tersebut menggambarkan apa itu Malaysia sebenarnya. Jadi lupakan sahaja niat anda untuk terbang ke negara London seperti yang diperkatakan tadi nikmatilah keindahan di negara sendiri dahulu kerana semuanya ada di sini dan tidak semestinya di negara lain ada seperti kita ada. Bak kata perpatah “ Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri”.
No comments:
Post a Comment