
Beberapa minggu dulu khemah bazar ramadhan terbang di Jasin, Melaka akibat ribut dan kejadian sama juga berlaku di Kuantan, Pahang menyebabkan lebih 30 perniaga Bazar Ramadhan di depan Jalan Mahkota, terkejut dan panik selepas khemah utama yang menempatkan kira-kira 36 gerai diterbangkan angin kencang yang melanda secara tiba-tiba ketika orang ramai sedang membeli juadah berbuka puasa.
Kejadian berlaku kira-kira 6.30 petang, pengunjung Bazar Ramadhan bertempiaran lari menyelamatkan diri selepas khemah diterbangkan ribut dan hanya seorang peniaga cedera ringan akibat terkena tiang khemah yang melayang.
Kejadian berlaku dengan terlalu pantas dalam kira-kira dua hingga tiga saat sahaja. orang ramai yang sedang membeli belah dan peniaga bertempiaran lari bagi mengelak daripada terkena tiang khemah.
No comments:
Post a Comment