Wednesday, April 24, 2013

Assalamualaikum..
Sungguh lama x update blog sendiri, dunia blog telah di lupakan semenjak memasuki ke dunia pekerjaan.Macam cabara yang di lalui semasa kerja dulu tapi ia dapat mematangkan kita dan memberi pengalaman juga. Kalau tak cuba tak tahu pahit maung dunia pekejaan nie.
Memang tak dapat dinafikan zaman belajar memamg besh, stress otak je dengan kelas, esaimen dan aktiviti lain. Tapi bila dah melangkah dunia kerja ini, segala mende jadi stress fizikal dan mental. Kalalu kita tak merasa stress tu,kita tak tahu macam mane tahap stressnya.
Aku suka dengan kerja yang pernah aku ceburi semuanya lain-lain cabaran. Dari aku tak tahu dunia 'retailing' aku terjun dalam bidang tu, bayangkan masscomm masuk retailing, apa cer beb? tapi serious besh, macam2 karenah orang kita bole observe. Penat tu xpayah cakaplah, janji kita enjoy dengan kerja & kawan2 di tempat kerja.
Habis bab retailing, masuk pula ke dunia 'customer service'. Ini pun boleh tahan gak, hari2 buat call untuk 'upselling produk company'.Macam2 komplain atau cadangan yang aku dapat selama aku kerja tu.Memang zaman sekarang agak susah untuk dapatkan kerja, tapi apa yang boleh aku cakap, BERUSAHA, BERDOA DAN TAWAKAL, insya allah ada rezeki, bumi ALLAH ini luas,yang penting usaha kena kasih lebih sikit.Selain tu, perlu ikhlas dalam bekerja, baru berkat hasil titik peluh yang kita dapat itu.

Saturday, July 28, 2012

VIRGIN COCONUT OIL(VCO CATALYST)

Salam 1 Malaysia dan Salam Ramdhan.. Di sini akak nak promosi produk yang sgt hot seller sekarang, iaitu VIRGIN COCONUT OIL or minyak kelapa dara catalyst. Minyak nie sangat bagus untuk kita semua, ambe dop nawok, sungguh nie.VCO nie keluaran orang Islam dan 100% Bumiputera dan yang paling penting ianya halal dan disahkan oleh JAKIM. So, jgn ragu2 kt kotak pun ada cop HALAL dan buatan Malaysia
Meh akak bgtau kebaikan VCO nie:
.Menyokong fungsi sistem imunisasi dan fungsi metabolik yang sihat
.Mengurangkan berat badan
.Menyediakan satu sumber tenaga yang segera
.Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak dan Nutrien penting untuk kesihatan yang baik
.Memudahkan penghadaman dan penyerapan zat makanan (Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil)
.Membantu untuk mengawal kencing manis, Osteoporosis dan penuaan pramatang dan pengerutan kulit
.Melembutkan dan melicinkan kulit, mengatasi kulit berminyak, sangat bagus untuk masalah jerawat & jeragat serta parut2 lama juga mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat (termasuk yis)
.Mengurangkan risiko kanser, aterosklerosis dan tanda-tanda penyakit yang lain Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
Banyakkan kebaikan VCO nie, jadi ampa semua jgn malu2 untuk mencuba, bagus untuk diri sendiri. Kesihatan perlu di jaga. Sesiapa yang berminat bole inform saya

Tuesday, July 24, 2012

Assalamualaikum.. Syukur ke Hadrat Illahi, kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK.Sesungguhnya, aku menantikan bulan ramadhan ini kerana ia banyak kelebihan di dalam bulan ini, di samping dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang, bersahur, terawih dan lain-lain lagi.
Antara fadilat Ramadhan adalah:
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."
(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.
(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.

Wednesday, June 20, 2012

JOM MENGAJI DAN AMALKANNYA
BERUNTUNGNYA ORG YG RAJIN MENGAJI.
Nabi Muhammad S.A.W bersabda : "Barangsiapa membaca surah Alam Nasyrah, seperti ia mendatangi aku dan aku mengambil kesempatan maka menjadi suatu kelapangan daripadaku".
Barangsiapa membiasakan membaca surah Alam Nasyrah selesai mengerjakan solat fardhu, nescaya Allah permudahkan urusannya serta dimudahkan segala keperluannya dan dimudahkan rezekinya.
Sesiapa yang membacanya nescaya Allah turut melapangkan dadanya serta dijauhkan daripada segala kesukaran dalam segala urusannya. Dihilangkan segala sifat kesal dan jemu, serta mendatangkan rajin dalam mengerjakan ibadat.
Barangsiapa membaca Alam Nasyrah sembilan kali sesudah solat fardhu nescaya Allah akan menjauhkan daripada kesempitan hidup dan dimudahkan rezeki dalam segala urusan. amin!!! —
ASSALAMUALAIKUM SEMUA... Dah lama aku x entri blog aku nie kan. Maklum la bukan sibuk kerja pun tapi sibuk mencari kerja. Skrg jawatan sementara aku adalah bibik (hehehe), hari2 masak je kerja aku.Kalu xmasak nnt kelaparan la org2 dlm rumah aku nie.
So, hari nie apa yang korang buat ye? ber'facebook' twitter, blog etc. Macam2 yang korang buatkan. By the way, hari nie aku de uat jemput kentang. Sejak nengok Masterchef Selebriti Malaysia nie bersemangat pula nak main masak-masak. Baru nie aku ada baca blog member aku, dia nie mmg rajin yang amatlah kalau bab masak. Tiap kali dia balik cuti mesti ada resipi baru yg di post kt fb & blog. Aku pn berkenan la dgn dessert yang die buat 'pudding oreo' menarik and awesome, sayangnya aku belum cuba buat lagi, resipi dah ambik. Nanti aku akan buat gak. TUNGGUU..
Tapi petang td, aku buat jemput kentang+ carrot. Mmg aku suka sgt jemput kentang nie. Dan nie la hasilnya.
Pekena pulak dengan nescafe 0 panas..Hasil terbaik dari dapur R.i.b.e.n.a

Tuesday, May 1, 2012

Asam Rom

Sebelum nie aku selalu saja dengar nama masakan nie, asam rom api rupa camne aku pun tak tahu, sampai lah pada hari kejadian,(cewah cam suspen sgt bunyinye,hehe..) di Raub masa tu aku ada kerja di sana, datanglah pakcik katering nie bwk makanan. Sekali aku tgk lauk nie pelik je. Yelah mende xpenah makan dan ramailah yang tanya lauk apa nie,ku pun cakap la xtaulah makanan org Raub agaknya. Aku pun tanya akak sorang nie, dia pun cakap nielah A.S.A.M.R.O.M.
1st time makan, memamng rasa nak lagi beb. Asam Rom nie mak aku cakap ambil dari biji getah, kenalah pandai nak prosesnya dan masak takut nnt mabuk.
Kat bawah nie aku kongsikan resipi asam rom.marveles.SELAMAT MENCUBA!
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
500ml air
20 biji cili padi
2sm kunyit hidup
1.25 liter air
1 senduk asam rom - biji rom yang dikisar
1 tangkai daun kesum
1 tangkai pucuk paku
Garam secukup rasa
Cara memasak:
1. Masukkan bahan kisar bersama ayam ke dalam periuk. Kacau rata.
2. Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika.
3. Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil.
4. Apabila ayam masak, masukkan pucuk paku dan perasakan dengan garam secukupnya.
5. Biarkan masak seketika dan angkat.

Anak lari rumah

Baru-baru ini kita sering di gemparkan tentang gejala remaja perempuan lari mengikut kekasih. di manakah salah silap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka? adakah disebabkan terlalu sibuk dengan kerja dan hal-hal dunia yang lain sampai tidak sempat untuk berbual mesra dengan anak? Atau mungkin disebabkan tekanan di tempat kerja yang menyebabkan anda melalaikan tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih mentah serta memerlukan kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapa mereka.
Atas alasan inilah yang menyebabkan jiwa anak-anak anda memberontak dan semakin anda lalai semakin lebarlah peluang keretakan hubungan dengan anak. Walau apa sekali pun alasan sekali anda tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa.Untuk pengetahuan anda semua, anak perlu kan sentuhan dan merasai kasih sayang.Jika mereka tidak mendapat kasih sayang itu di rumah mereka sendiri, maka di luar mereka akan mencari kasih sayang itu. Kebanyakkan ibu bapa lebih menyalahkan persekitaran daripada meyalahkan diri sendiri yang mengabaikan tanggungjawab.
Kebahagiaan itu bermula dari kasih sayang keluarga tetapi ibu bapa lebih memilih untuk mendiamkan anak yang bermasalah kerana tak mahu tertekan dgn sikap anak. Sebagai ibu bapa perlu bijak mengawal perasaan, seperti duduk bertanya kepada anak bukan semestinya menengking, memukul atau tuduh anak tanpa usul periksa. Sebaliknya anda, perlu bertanya dan cuba faham mengapa dan tolong mencari jalan penyelesaian. Sentuhan sebeginilah yang perlu diterapkan dalam keluarga.
1. Sentuhan jiwa:- Melalui perbualan anda boleh menyelami hatinya, memahami kesedihan dan mencari jalan penyelesaian jika anak buntu. Amat malang jika ibu bapa masing-masing sibuk, sedangkan anak-anak dibesarkan tanpa asuhan, didikan yg sempurna daripada ibu bapa mereka. Zaman sekarang adalah zaman teknologi, anak-anak lebih terdedah dengan dunia IT,Facebook dan sebagainya maka bertambahlah kerenggangan antara ahli keluarga. Tiada sentuhan langsung kerana asyik melayan hobi masing-masing. Jika anak telah terlibat dgn gejala yang tidak sihat, barulah ibu bapa menyusun strategi utk menyelesaikan masalah. Sebaiknya, harus lakukan pencegahan yg lebih awal.
2.Sentuhan sahabat:- Sebagai ibu bapa perlu menjadi teman setia kepada anak-anak anda dan luangkan masa bersama mereka, mungkin ada sesuatu yang anak anda ingin berkongsi bersama anda dan mereka akan berasa selesa apabila berkongsi cerita bersama anda. Disebabkan sekarang zaman internet dan gajet yang canggih,ini hanya memberi pengaruh yang negatif sahaja.Maah apa yang saya perhatikan di laman sosial lah anak remaja sering meluahkan dan berkongsi cerita bersama teman-teman mereka. Oleh itu, setiap ibu bapa harus mempunyai matlamat yg jelas tentang bagaimana didikan dijalankan di rumah.
Sebelum menyesal tak berkesudahan, insafilah segala kelalaian dan mulakan sentuhan itu.
Dari kecik dah ajar camnie, baru smart beb.