Tuesday, May 1, 2012
Anak lari rumah
Baru-baru ini kita sering di gemparkan tentang gejala remaja perempuan lari mengikut kekasih. di manakah salah silap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka? adakah disebabkan terlalu sibuk dengan kerja dan hal-hal dunia yang lain sampai tidak sempat untuk berbual mesra dengan anak? Atau mungkin disebabkan tekanan di tempat kerja yang menyebabkan anda melalaikan tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih mentah serta memerlukan kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapa mereka.
Atas alasan inilah yang menyebabkan jiwa anak-anak anda memberontak dan semakin anda lalai semakin lebarlah peluang keretakan hubungan dengan anak. Walau apa sekali pun alasan sekali anda tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa.Untuk pengetahuan anda semua, anak perlu kan sentuhan dan merasai kasih sayang.Jika mereka tidak mendapat kasih sayang itu di rumah mereka sendiri, maka di luar mereka akan mencari kasih sayang itu. Kebanyakkan ibu bapa lebih menyalahkan persekitaran daripada meyalahkan diri sendiri yang mengabaikan tanggungjawab.
Kebahagiaan itu bermula dari kasih sayang keluarga tetapi ibu bapa lebih memilih untuk mendiamkan anak yang bermasalah kerana tak mahu tertekan dgn sikap anak. Sebagai ibu bapa perlu bijak mengawal perasaan, seperti duduk bertanya kepada anak bukan semestinya menengking, memukul atau tuduh anak tanpa usul periksa. Sebaliknya anda, perlu bertanya dan cuba faham mengapa dan tolong mencari jalan penyelesaian. Sentuhan sebeginilah yang perlu diterapkan dalam keluarga.
1. Sentuhan jiwa:-
Melalui perbualan anda boleh menyelami hatinya, memahami kesedihan dan mencari jalan penyelesaian jika anak buntu. Amat malang jika ibu bapa masing-masing sibuk, sedangkan anak-anak dibesarkan tanpa asuhan, didikan yg sempurna daripada ibu bapa mereka. Zaman sekarang adalah zaman teknologi, anak-anak lebih terdedah dengan dunia IT,Facebook dan sebagainya maka bertambahlah kerenggangan antara ahli keluarga. Tiada sentuhan langsung kerana asyik melayan hobi masing-masing.
Jika anak telah terlibat dgn gejala yang tidak sihat, barulah ibu bapa menyusun strategi utk menyelesaikan masalah. Sebaiknya, harus lakukan pencegahan yg lebih awal.
2.Sentuhan sahabat:-
Sebagai ibu bapa perlu menjadi teman setia kepada anak-anak anda dan luangkan masa bersama mereka, mungkin ada sesuatu yang anak anda ingin berkongsi bersama anda dan mereka akan berasa selesa apabila berkongsi cerita bersama anda. Disebabkan sekarang zaman internet dan gajet yang canggih,ini hanya memberi pengaruh yang negatif sahaja.Maah apa yang saya perhatikan di laman sosial lah anak remaja sering meluahkan dan berkongsi cerita bersama teman-teman mereka. Oleh itu, setiap ibu bapa harus mempunyai matlamat yg jelas tentang bagaimana didikan dijalankan di rumah.
Sebelum menyesal tak berkesudahan, insafilah segala kelalaian dan mulakan sentuhan itu.
Dari kecik dah ajar camnie, baru smart beb.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment