Cara memasak: 1. Masukkan bahan kisar bersama ayam ke dalam periuk. Kacau rata. 2. Kemudian masukkan air bersama daun kesum dan biarkan seketika. 3. Kacau perlahan menggunakan api sederhana kecil. 4. Apabila ayam masak, masukkan pucuk paku dan perasakan dengan garam secukupnya. 5. Biarkan masak seketika dan angkat.
Tuesday, May 1, 2012
Asam Rom
Sebelum nie aku selalu saja dengar nama masakan nie, asam rom api rupa camne aku pun tak tahu, sampai lah pada hari kejadian,(cewah cam suspen sgt bunyinye,hehe..) di Raub masa tu aku ada kerja di sana, datanglah pakcik katering nie bwk makanan. Sekali aku tgk lauk nie pelik je. Yelah mende xpenah makan dan ramailah yang tanya lauk apa nie,ku pun cakap la xtaulah makanan org Raub agaknya. Aku pun tanya akak sorang nie, dia pun cakap nielah A.S.A.M.R.O.M.
1st time makan, memamng rasa nak lagi beb. Asam Rom nie mak aku cakap ambil dari biji getah, kenalah pandai nak prosesnya dan masak takut nnt mabuk.
Kat bawah nie aku kongsikan resipi asam rom.marveles.SELAMAT MENCUBA!
Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam - dipotong kecil
500ml air
20 biji cili padi
2sm kunyit hidup
1.25 liter air
1 senduk asam rom - biji rom yang dikisar
1 tangkai daun kesum
1 tangkai pucuk paku
Garam secukup rasa
Anak lari rumah
Baru-baru ini kita sering di gemparkan tentang gejala remaja perempuan lari mengikut kekasih. di manakah salah silap ibu bapa dalam mendidik anak-anak mereka? adakah disebabkan terlalu sibuk dengan kerja dan hal-hal dunia yang lain sampai tidak sempat untuk berbual mesra dengan anak? Atau mungkin disebabkan tekanan di tempat kerja yang menyebabkan anda melalaikan tanggungjawab terhadap anak-anak yang masih mentah serta memerlukan kasih sayang secukupnya daripada kedua ibu bapa mereka.
Atas alasan inilah yang menyebabkan jiwa anak-anak anda memberontak dan semakin anda lalai semakin lebarlah peluang keretakan hubungan dengan anak. Walau apa sekali pun alasan sekali anda tidak boleh mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu bapa.Untuk pengetahuan anda semua, anak perlu kan sentuhan dan merasai kasih sayang.Jika mereka tidak mendapat kasih sayang itu di rumah mereka sendiri, maka di luar mereka akan mencari kasih sayang itu. Kebanyakkan ibu bapa lebih menyalahkan persekitaran daripada meyalahkan diri sendiri yang mengabaikan tanggungjawab.
Kebahagiaan itu bermula dari kasih sayang keluarga tetapi ibu bapa lebih memilih untuk mendiamkan anak yang bermasalah kerana tak mahu tertekan dgn sikap anak. Sebagai ibu bapa perlu bijak mengawal perasaan, seperti duduk bertanya kepada anak bukan semestinya menengking, memukul atau tuduh anak tanpa usul periksa. Sebaliknya anda, perlu bertanya dan cuba faham mengapa dan tolong mencari jalan penyelesaian. Sentuhan sebeginilah yang perlu diterapkan dalam keluarga.
1. Sentuhan jiwa:-
Melalui perbualan anda boleh menyelami hatinya, memahami kesedihan dan mencari jalan penyelesaian jika anak buntu. Amat malang jika ibu bapa masing-masing sibuk, sedangkan anak-anak dibesarkan tanpa asuhan, didikan yg sempurna daripada ibu bapa mereka. Zaman sekarang adalah zaman teknologi, anak-anak lebih terdedah dengan dunia IT,Facebook dan sebagainya maka bertambahlah kerenggangan antara ahli keluarga. Tiada sentuhan langsung kerana asyik melayan hobi masing-masing.
Jika anak telah terlibat dgn gejala yang tidak sihat, barulah ibu bapa menyusun strategi utk menyelesaikan masalah. Sebaiknya, harus lakukan pencegahan yg lebih awal.
2.Sentuhan sahabat:-
Sebagai ibu bapa perlu menjadi teman setia kepada anak-anak anda dan luangkan masa bersama mereka, mungkin ada sesuatu yang anak anda ingin berkongsi bersama anda dan mereka akan berasa selesa apabila berkongsi cerita bersama anda. Disebabkan sekarang zaman internet dan gajet yang canggih,ini hanya memberi pengaruh yang negatif sahaja.Maah apa yang saya perhatikan di laman sosial lah anak remaja sering meluahkan dan berkongsi cerita bersama teman-teman mereka. Oleh itu, setiap ibu bapa harus mempunyai matlamat yg jelas tentang bagaimana didikan dijalankan di rumah.
Sebelum menyesal tak berkesudahan, insafilah segala kelalaian dan mulakan sentuhan itu.
Dari kecik dah ajar camnie, baru smart beb.
Subscribe to:
Comments (Atom)


