Monday, October 11, 2010

Laporan Mahkamah

Warga asing di penjara 7 tahun dan 10 sebatan

Shah Alam : Seorang warga asing dari Iran dipenjara 2 tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini, selepas di dapati bersalah kerana membawa 35 gram dadah jenis syabu masuk ke Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Dadah tersebut di temui di dalam beg pesalah.

Hakim Mat Ghani Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Darbandi Reza Lotfollah, 35, dan memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh. Mengikut pertuduhan, Reza didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh di hukum mengikut Seksyen 39B akta yang sama.

Jika di sabit kesalahan, tertuduh boleh di hukum penjara maksimum 20 tahun serta tidak kurang 10 sebatan. Terdahulu ketika rayuan terhadap hukuman, penguam bela mewakili tertuduh, Richard Ho memohon mahkamah menjatuhkan hukuman lebih ringan kerana anak guamnya sudah menyesal atas perbuatan itu.

Selain itu, katanya tertuduh tidak mempunyai rekod kesalahan terlampau.

No comments:

Post a Comment