Pada hari Jumaat lepas pak cik saudara ku telah di masukkan ke hospital Selayang kerana di langgar orang. Kejadian berlaku kira-kira 4.30 pagi dan ketika itu dia mahu melintas jalan tiba-tiba di rempuh oleh sebuah kereta yang di pandu laju. Ketika aku tiba di hospital berkenaan pak cik aku masih di dalam bilik pembadahan, bayangkan dia di dalam bilik bedah itu dari jam 5pagi sehingga 6.30 petang.
Mengikut maklumat yang aku terima dan dengar daripada mak cik ku, pak cik ku patah kedua belah kaki, cedera di hati dan jantung dan sedikit kecederaan di dalam otak. Pak cik dalam keadaan stabil tetapi kritikal. Ketika melihat beliau selepas pembedahan keadaan beliau sungguh teruk dan sebak rasa hati melihat keadaan beliau seperti itu. Aku doakan pak cik aku cepat sembuh dan sedar. Amin...
No comments:
Post a Comment