Banyakkan kebaikan VCO nie, jadi ampa semua jgn malu2 untuk mencuba, bagus untuk diri sendiri. Kesihatan perlu di jaga. Sesiapa yang berminat bole inform saya
Saturday, July 28, 2012
VIRGIN COCONUT OIL(VCO CATALYST)
Salam 1 Malaysia dan Salam Ramdhan..
Di sini akak nak promosi produk yang sgt hot seller sekarang, iaitu VIRGIN COCONUT OIL or minyak kelapa dara catalyst. Minyak nie sangat bagus untuk kita semua, ambe dop nawok, sungguh nie.VCO nie keluaran orang Islam dan 100% Bumiputera dan yang paling penting ianya halal dan disahkan oleh JAKIM. So, jgn ragu2 kt kotak pun ada cop HALAL dan buatan Malaysia
Meh akak bgtau kebaikan VCO nie:
.Menyokong fungsi sistem imunisasi dan fungsi metabolik yang sihat
.Mengurangkan berat badan
.Menyediakan satu sumber tenaga yang segera
.Mengandungi kalori yang sedikit berbanding lain-lain lemak dan Nutrien penting untuk kesihatan yang baik
.Memudahkan penghadaman dan penyerapan zat makanan (Melawaskan pembuangan air besar dan air kecil)
.Membantu untuk mengawal kencing manis, Osteoporosis dan penuaan pramatang dan pengerutan kulit
.Melembutkan dan melicinkan kulit, mengatasi kulit berminyak, sangat bagus untuk masalah jerawat & jeragat serta parut2 lama juga mencegah jangkitan bakteria, virus dan kulat (termasuk yis)
.Mengurangkan risiko kanser, aterosklerosis dan tanda-tanda penyakit yang lain
Melancarkan kitaran haid& menyeimbangkan hormon
Tuesday, July 24, 2012
Assalamualaikum..
Syukur ke Hadrat Illahi, kerana kita masih diberi peluang untuk menyambut bulan yang mulia dan penuh keberkatan ini, iaitu RAMADHAN AL-MUBARAK.Sesungguhnya, aku menantikan bulan ramadhan ini kerana ia banyak kelebihan di dalam bulan ini, di samping dapat berbuka puasa bersama keluarga tersayang, bersahur, terawih dan lain-lain lagi.
Antara fadilat Ramadhan adalah:
Ramadhan adalah bulan umat Muhammad s.a.w. Bersabda Rasulullah s.a.w. bermaksud, "Apabila tiba bulan Ramadhan maka akan dibukakan pintu-pintu syurga dan ditutupkan pintu-pintu neraka lalu diikatkan semua syaitan. "Sabda baginda dalam hadis yang lain, "Jika umat manusia itu mengetahuk akan kelebihan yang ada di dalam bulan Ramadhan nescaya umatku akan menginginkan supaya dijadikan sepanjang tahun itu sebagai bulan Ramadhan."
(i) Setiap amalan kebajikan akan digandakan oleh Allah sebanyak 1000 kali ganda.
(ii) Setiap amalan sunat akan diberikan ganjaran pahala amalan fardu.
(iii) Ramadhan dibagikan kepada tiga bahagikan kepada tiga bahagian istimewa bagi mereka yang berpuasa iaitu bahagian pertamanya dipenuhi dengan rahmat Allah, bahagian kedua dipenuhi dengan keampunan dari Allah dan bahagian ketiga pembebaan dari siksa api neraka.
(iv) Dituntut supaya mengerjakan solat sunat tarawih, witir dan solat-solat sunat yang lain.
(v) Banyakkan berdoa, berzikir, selawat, membaca al Quran, bertaubat dan lain-lain amalan sunat.
(vi) Banyakkan bersedekah kepada fakir miskin dan membantu mereka yang berada di dalam kesusahan dan yang ditimpa kemalangan.
(vii) Menggandakan amalan sunat terutamanya pada 10 hari terakhir Ramadhan bagi mengharapkan keberkatan dan kebesaran malam ‘Lailatul Qadar’ seperti beriktikaf di masjid dan sebagainya.
(viii) Menghidupkan malam-malam Ramadhan dengan mendirikan qiamullail terutama pada 10 hari yang terakhir.
Subscribe to:
Comments (Atom)

