Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.
Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."
(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)
01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.
02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.
03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.
04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.
05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?
06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.
07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.
08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.
09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.
- Artikel iluvislam.com
Sunday, March 27, 2011
Monday, March 14, 2011
MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)
sedetik lebih bersama....(luv him so much)
sedetik lebih-anuar zain
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu
Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu
Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa
Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya
Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu
Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...
Wednesday, March 9, 2011
cam tak caya jer~
Sekejap je masa berlalu,dah nak masuk 3 tahun aku kt UiTM nie.. macam2 pengalaman pahit dan manis yang aku dapat sepanjang belajar kt cnie. Tp seronok sgt sbb dr dulu lagi cita2 aku nak belajar kt universiti, akhirnye tercapai gak. Masa mula2 masuk sini mmg lone ranger la, kena survive sendiri la, berbeza sangat2 masa diploma dulu. aku masuk belajar ukt degree nie dah terlambat sbb lambat apply, pastu keje kt UIA sekejap.
1st aku masuk cnie, dpt 3 org roomate yang baik- syuhada aka shide, hanim n dayah. lepas tu kenal lak dengan ira, dina, ain, nad dll. kt kelas, baru la aku dapat kenal dgn classmate sendiri ila, lin, niza, yati n nabila. aku kot yang paling tua dlm kelas yg lain sume pangkat adik2 je. Kelas mama la paling best n sempoi sbb dapat g jln2. pastu aku kena join Kesatria. malas btl nk layan ko kurikulum nie, tp dh wajib kn so join jelah. Best masa masuk Kesatria nie, nak2 masa g camping kt Benta, Kuala Lipis. seronok wow.. bayangkan 3 hari kt sana xmandi, dengan xde airnye, xcukup masa, kira halal la. hahahahaha..
Tp yg paling best last day kt sana, dapat mandi sungai, sejuk n best. 1st time dalam hidup aku mandi sungai..huhuhu..yang paling aku takut dan geli pacat la. Pastu komander2 kiteorg jahat sangat kenakn kiteorg sume dgn something yg korang sendiri xbole terima tau. kena tnggal dlm hutan sorg2 sampai aku terlena kot penat sgt.
masuk sem 2, dapat kenal dengan dak2 broadcasting sbb kelas sama. Sebenarnye aku minat broadcasting tp xtau la cmne dpt course aku sekarang nie, terima jelah lgpn aku dah nak habis pn.Insya Allah..Sem 3, belajar dengan dak kelas sendiri no combine2 dgn kelas2 lain lg. Kelas aku ade 11 orang je, 10 bunga 1 kumbang.. hrmmmm so bored. Ingat ade yang hensem bole gak jdkn jodoh kn, tp luar jangkaan je.. hahaha..Sem 3 aku mmg bz, mau x nye 10 subjek, mau xterkejar. dan de pengalaman yang sadis masa sem 3, aku ingt sampai ble2 dan jadikan ia sebagai pengajaran. Dalam dunia mane ade org perfect kn!!!
masuk sem 4, relax ckit, sem honeymoon la katakan. mmg honeymoon sungguh.. hahaha..
Tahun lepas juga la aku de kenal dgn sorng mamat die. Die sorg yg kelakar n best la kwn die. Mula2 skandal je, Last2 aku bole tangkap cintan lak dengan die.aiyoooo.. pe kes nie!! jangan2 tu org punya ok..if possible cari yang lain tp masalahnye aku selalu ingt kt die tau sampai bole jd angau. (kelakar tol la, smpai kn mmber aku sendiri xcaya aku cmnie, die ingt aku nie brutal+ rock, xlayan sgt benda2 cmnie, tp kalu dh perasaan menguasai diri, brutal+ rock pn bole hilang). Smpai skrg aku still kwn dgn die n miss sama die.
Sekarang aku dah sem 5,sem akhir before I go to internship. cepat masa berlalu kan. sem nie aku tersangat2 la sibuk, rasanye hari2 aku settlekn keje/esaimen aku yang xpenah habis nie.xpelah sem nie je kot so kena la all out habis2an. cakap nak dapat Dean List so kena la usaha kasi lebih sikit. Dapat pengalaman baru, g tv alhijrah, seronok wow.. dapat tau dunia media sebenar n dunia wartawan, bukan senang nak jd wartawan cm2 hal kena wat. yelah mane ade keje dlm dunia yg senangkn.
Tinggal beberapa minggu je lg aku kt UiTM nie, rasa sadis pn ade, yelah dh nak habis belajarkn, nak smbung master xtau lg ble. nak keje dlu, mau tolong family aku, nak beli keta idaman aku n umah idaman( kondo @ hartamas). huhuhu..tinggi cita2 nie. hope lepas nie aku berjaya dgn cemerlang, gemilang dan terbilang. Doakan kejayaan aku. amin..
rasanye sampai setakat nie dulu, coretan aku, nanti sambung lg. daaaa.. see u soon

Subscribe to:
Comments (Atom)