Wednesday, August 17, 2011

raya..raya..raya..


Assalamualaikum...

cmne puasa anda? harap2 semuanya berjalan lancar hendaknya. Syukur Alhamdulillah xlama lagi kita akan menyambut Syawal tinggal seminggu lagi. Baru2 nie aku telah kehilangan ahli keluarga yang menjadi penyeri dlm keluarga kami. Dia telah meninggalkan kami pada ramadhan ke 9. Allah lebih sayangkan beliau dan mudah2an beliau di tempatkan di kalangan org yg beriman..AMIN.

raya aku kali nie rasa seperti biasa cm raya2 sebelum nie,cume aku happy la sikit cz dpt pose penuh kt umah kalau tidak sebelum nie berpose di perantauan, mkn nasi bungkus je. tapi aku rindu saat2 sebegitu, terawih bersama kwn2 kolej ku, bubur lambuk dan sebagainya.

baju raya aku da siap tema kali nie gold.korang semua mesti dah sibuk2 shoping raya dan xsabar nak balik ke kg halaman. yelah raya setahun sekali masa nie la nk dpt kumpul dgn sedara mara yg jarang kite jupe. tetapi bagi aku tiap kali raya aku selalu mengharapkan aku dpt beraya bersama seseorang..tetapi sampai sekarang aku x dpt menantikan orang tu dtg beraya dgn aku. mungkin belum sampai masanya lg utk aku beraya bersamanya. aku akn terus menunggu.

jadi utk kesempatan nie, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA buat seluruh umat islam. agar raya kali nie memberi seribu makna utk kita dan aku mengharapkan juga agar aku dapat lg merasa bulan ramadhan yg akn dtg.INSYA ALLAH.



Tuesday, August 2, 2011

The Lima - Kau Ada Dia (lyrics)



sambungan dr kisah sebelum nie.. perkenalan yang tidak sengaja bak kata lain spontan.. mulanye aku lepak n minum2 dgn kwn2 ku.. die dh lama kenal aku cuma aku je x kenal die.. bermula dr situ la perkenalan kami, orgnye happy gud luck dan aku senang dgn die.
Di pendekkan citer, semuanya ada berkait dgn lagu nie~KAU ADA DIA~.. so aku xpayah la nk citer panjang lebar pasal hal nie dan sumuanya tinggal kenangan seperti lagu kenangan terindah.

Kita hanya mampu merancang, Allah yg menentukan segalanya. Jodoh pertemuan dan ajal maut semua di tangan NYA..

Friday, July 29, 2011

Ramadhan kembali lagi..



Assalamualaikum...
Apa kabor semua? lama x update blog, bz sgt..hihi..yelah baru blik dr holiday kt kuching. so interesting n can't forget special momemt at there. kuching is the unique country and have various race such as iban, bidayuh, melanau, chinese, malay and so on. kite lupakan citer pasal kuching, sebenarnya aku nak citer pasal ramadhan kembali lagi.

Sekejap je masa berlalu dah nak masuk bulan Ogos, selain bulan kemerdekaan kita juga menyambut ramadhan di bulan kemerdekaan, maknanya ada 2 perayaan yg di sambut ujung bulan nanti.. Alhamdulliah aku bersyukur ke hadrat illahi kerana di beri peluang bernafas dan menjalani ibadah puasa yg sgt mulia nie..

Bulan ramadhan adalah bulan segala penghulu bulan2 Islam. Pasti ada yg tidak sabar utk menyambut puasa bersama2 family tercinta, bagi yang baru berkahwin 1st time sambut pose bersama2.. sweet kn.

Dalam bulan pose nie, ia menguji kita tahap kesabaran dr lapar dan dahaga, nasfu membeli dan sebagainya.( jadi beringat kalau gie ke pasar ramadhan tu kawal nasfu makan ek, tgk makanan n minuman sume nk beli, bile dah berbuka xlarat nk habiskan then membazir buang dlm tong sampah.. rugi namanye tu). fikir dulu sebelum membeli!!





Dan tidak lupe gak, dlm bulan yg penuh berkat nie, apa salahnye kite penuhi xtvt kita dengan amal ibadat contohnye, terawih, ngaji al quran, tadarus dan sebagainya. dapat juga pahala kn kn kn... mudah2an..

dalam bulan pose nie gak mngkin ade yg sibuk buat kuih raya, jahit baju raya, langsir raya dan paling penting SHOPPING RAYA.. meriah kalu tgk time2 cmnie, yelah 1 thn sekali mau xmeriah alam.. cm2 gaya fesyen yg bole kite tgk. bazar2 raya every week penuh dgn org ramai. shoping2 gak tp pose jgn tinggal ek.. ingt tu.. jaga2 de yg memerhati...(style rock kiah propa)..hihi


Apa2 pun, aku ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..

Monday, July 11, 2011

D'Masiv - Jangan Menyerah




luve dis song..nice and meaningless for me...
to all bloggers enjoy dis song..

Thursday, June 16, 2011

H.A.P.P.Y


Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi sbb result aku lulus.. membuatkan aku bahagia, hampir seminggu aku xsenang dduk tnggu result aku nie, akhirnye 17/6/2011.. dh tercatat segala result aku di dlm email via uitm website..

Sekarang aku perlu fokus utk practical lak.. nie aku kena struggle utk dpt DEAN LIST..insya allah dream come true..amin

so now i'm happy n can sleep.. hihi..nite everyone..

Wednesday, June 15, 2011

Sunday, May 29, 2011

Amy search - Tiada lagi



aku kenal dgn sorg mamat nie thn lepas during Eid Fitri, die baik, kelakar dan sekepala dgn aku sbb tu aku senang dgn die. die la org 1st yg aku berani mati ckp fall in luv wif him..OMG!! xpenah di buat org kot..xtau dr mana perasaan tu muncul tetiba bole fall in luv dgn die tp syg die telah berpunya apa kn daya....ku harus terima. aku cuba utk melupakan nya tapi xbole, hr2 aku berdoa kepadaNya kalu die bkn jodoh aku, lupekanlah die dr ingatanku tp.....

Selama nie aku jd investigator..akhirnye aku jupe satu persatu. frust tu mmg la, tp aku harus bersabar sbb kite hnya merancang Allah yg menentukan semuanye.

inciK..sesungguhnye saya mmg suke sama kamu, tp apakn daya kamu hak milik org lain.

Saturday, April 16, 2011

sudirman pelangi petang lirik

dia bukan milikku

Di kala petang yang redup. aku mencoret satu luahan hati yang terpendam dlm diriku selama ini.. sambil dengar lagu preberet aku Pelangi Petang-Sudirman.

mungkin dia telah jauh dr hidupku, maaf kerana memberi harapan pada kau tetapi aku hanya seoarng manusia biasa yang lemah. Mungkin ada hikmah untuk kita, bila terjadi seperti nie.

hati aku telah hilang namamu dan kaulah cinta pertama aku yang berani membuka pintu hati ku.. Namun tidak dapat di nafikan apabila bercinta pelbagai halangan yang harus di lalui bersama atau seorang, tapi aku dh penat nak lalui ini semua. Kau dh cukup bagi aku bahagia selama dengan kau dan aku rasa kau juga dh cukup bahagia bersama dengan aku. Kita hanya merancang namun Nya yg menuntutkn segala2nya, DIA dh tulis segala perjalanan hidup kita semasa kita di alam roh lagi.

aku terima dengan redha, jika jodoh kita setakat ini sahaja tetapi aku minta maaf jika aku xdapat bahagiakn kau hingga akhir hayat.

Seperti lagu Pelangi Petang- engkau tiba bagaikan pelangi.. tak bercahaya namun kau berseri.. tapi cukup menghiburkan hati ini...

seharian waktu bersamamu..tak terasa saat yg berlalu..bagai pelangi petang kau kn pasti pergi jua.... Mungkin pelangi aku akan berberi sinar baru kepada yg perlukannya. Terima kasih krn menyinarkan hidup aku selama kite 5 thn bersama.

"Tetapi pelangi yg berwarna-warni itu mejadi semakin pudar dan malap dalam hidup aku. Aku cuba hidupkan semula pelangi itu tetapi aku merasakan hambar dan susah utk nyalakan kembali sinar tu..

Manusia x semua sempurna hanya Allah Maha Esa yang paling sempurna dlm muka bumi ini. Aku cuba baiki kesilapan aku,mmg aku akui aku seorg yg suka berhu-ha tetapi aku tau adab dan batasnya.. Ayah n ibu xpernah halang aku nk berkwn dgn sape2 tp kenape kau halang dan xbg aku kwn dgn mane2 laki.

aku rasa mmg patut kite berpisah sbb pasal cmnie la.. Kalu dh kawin, aku xtau la cmne jadinye, mmg sah perang dunia hr2.. kaukn tau aku jenis baran dan x sabar. Tapi aku terkilan sgt sbb kau penah tipu aku,kata aku cm2..aku ingt sume bnde yg kau buat kt aku.. aku je bodo masa itu still terima kau lg. itulah namanye CINTA ITU BUTA.. mmg aku "buta" dgn cinta kau.

maafkan aku sbb buat kau kecil hati ke pe ke, dan aku doakan kau di temukan jodoh yang lebih baik dr aku dan terima kau seadanya. Semoga berbahagia bersama org yg berjaya menerima dan bertakhta di hati kau sebagai isteri. Terima kasih cinta krn mengajarku dan kenalkan aku dalam alam percintaan..

Sunday, March 27, 2011

sikap wanita yang disenangi lelaki

Isteri, suri hati dan penyeri hidup suami. Tapi sayang, kilauan seri itu dibiarkan kelam apabila usia perkahwinan melanjut dalam. Mari kita selusuri sikap wanita yang disenangi suami agar ikatan yang terjalin mekar mewangi.

Sabda Nabi SAW, "Tiga daripada kebahagiaan: Wanita yang apabila engkau melihatnya, ia mengkagumkan engkau, apabila engkau tiada bersamanya dia menjaga dirinya dan harta engkau."

(Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai hasan oleh al-Albani)

01.Keibuan
Lelaki terpikat pada wanita yang bersikap keibuan, lemah-lembut, mengambil berat dan penyayang. Wajah keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas lagi gelisah dan berasa senang hati ketika mahu bermanja. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing dan jangan ditunggu sehingga beranak baru mahu menyerlahkan sikap keibuan itu.

02.Keanak-anakkan
Dalam batas yang wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Awas, sifat keanak-anakkan yang melampau mampu menjelakkan hati.

03.Penuh pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin daripada perasaan mudah memaafkan, memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya, ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh melulu sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.

04.Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita yang disenangi lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut; lelaki pula suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan daripada wanita membuat lelaki berasa bangga.

05.Menjaga penampilan
Wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik rata-rata merupakan idaman si suami. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan mudah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yang menyebabkan lelaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau sudah beranak tiga?

06.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.

07.Pandai bergaul dan menyesuaikan diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah diajak ke mana saja dan tidak kekok sama ada di bandar atau di kampung.

08.Menghormati diri sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yang baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yang dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.

09.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yang susah dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah dan memikat.

- Artikel iluvislam.com

Monday, March 14, 2011

MTV "Sedetik Lebih" - Anuar Zain (1:49 Min)




sedetik lebih bersama....(luv him so much)


sedetik lebih-anuar zain

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata ku perlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasihku…ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...

Wednesday, March 9, 2011

cam tak caya jer~

Sekejap je masa berlalu,dah nak masuk 3 tahun aku kt UiTM nie.. macam2 pengalaman pahit dan manis yang aku dapat sepanjang belajar kt cnie. Tp seronok sgt sbb dr dulu lagi cita2 aku nak belajar kt universiti, akhirnye tercapai gak. Masa mula2 masuk sini mmg lone ranger la, kena survive sendiri la, berbeza sangat2 masa diploma dulu. aku masuk belajar ukt degree nie dah terlambat sbb lambat apply, pastu keje kt UIA sekejap.

1st aku masuk cnie, dpt 3 org roomate yang baik- syuhada aka shide, hanim n dayah. lepas tu kenal lak dengan ira, dina, ain, nad dll. kt kelas, baru la aku dapat kenal dgn classmate sendiri ila, lin, niza, yati n nabila. aku kot yang paling tua dlm kelas yg lain sume pangkat adik2 je. Kelas mama la paling best n sempoi sbb dapat g jln2. pastu aku kena join Kesatria. malas btl nk layan ko kurikulum nie, tp dh wajib kn so join jelah. Best masa masuk Kesatria nie, nak2 masa g camping kt Benta, Kuala Lipis. seronok wow.. bayangkan 3 hari kt sana xmandi, dengan xde airnye, xcukup masa, kira halal la. hahahahaha..

Tp yg paling best last day kt sana, dapat mandi sungai, sejuk n best. 1st time dalam hidup aku mandi sungai..huhuhu..yang paling aku takut dan geli pacat la. Pastu komander2 kiteorg jahat sangat kenakn kiteorg sume dgn something yg korang sendiri xbole terima tau. kena tnggal dlm hutan sorg2 sampai aku terlena kot penat sgt.

masuk sem 2, dapat kenal dengan dak2 broadcasting sbb kelas sama. Sebenarnye aku minat broadcasting tp xtau la cmne dpt course aku sekarang nie, terima jelah lgpn aku dah nak habis pn.Insya Allah..Sem 3, belajar dengan dak kelas sendiri no combine2 dgn kelas2 lain lg. Kelas aku ade 11 orang je, 10 bunga 1 kumbang.. hrmmmm so bored. Ingat ade yang hensem bole gak jdkn jodoh kn, tp luar jangkaan je.. hahaha..Sem 3 aku mmg bz, mau x nye 10 subjek, mau xterkejar. dan de pengalaman yang sadis masa sem 3, aku ingt sampai ble2 dan jadikan ia sebagai pengajaran. Dalam dunia mane ade org perfect kn!!!

masuk sem 4, relax ckit, sem honeymoon la katakan. mmg honeymoon sungguh.. hahaha..
Tahun lepas juga la aku de kenal dgn sorng mamat die. Die sorg yg kelakar n best la kwn die. Mula2 skandal je, Last2 aku bole tangkap cintan lak dengan die.aiyoooo.. pe kes nie!! jangan2 tu org punya ok..if possible cari yang lain tp masalahnye aku selalu ingt kt die tau sampai bole jd angau. (kelakar tol la, smpai kn mmber aku sendiri xcaya aku cmnie, die ingt aku nie brutal+ rock, xlayan sgt benda2 cmnie, tp kalu dh perasaan menguasai diri, brutal+ rock pn bole hilang). Smpai skrg aku still kwn dgn die n miss sama die.

Sekarang aku dah sem 5,sem akhir before I go to internship. cepat masa berlalu kan. sem nie aku tersangat2 la sibuk, rasanye hari2 aku settlekn keje/esaimen aku yang xpenah habis nie.xpelah sem nie je kot so kena la all out habis2an. cakap nak dapat Dean List so kena la usaha kasi lebih sikit. Dapat pengalaman baru, g tv alhijrah, seronok wow.. dapat tau dunia media sebenar n dunia wartawan, bukan senang nak jd wartawan cm2 hal kena wat. yelah mane ade keje dlm dunia yg senangkn.

Tinggal beberapa minggu je lg aku kt UiTM nie, rasa sadis pn ade, yelah dh nak habis belajarkn, nak smbung master xtau lg ble. nak keje dlu, mau tolong family aku, nak beli keta idaman aku n umah idaman( kondo @ hartamas). huhuhu..tinggi cita2 nie. hope lepas nie aku berjaya dgn cemerlang, gemilang dan terbilang. Doakan kejayaan aku. amin..

rasanye sampai setakat nie dulu, coretan aku, nanti sambung lg. daaaa.. see u soon

Monday, February 28, 2011

A day with Broadcast journalists

hai kwn2... Lama aku xcoret2 dlm my blog nie.Sibuk ckit sejak akhir2 nie, cm2 keje kena settlekn. Aku skrg tgh risau pikirkan tmpt utk internship...adoiii company mane la aku nk apply nei, nk ke dorg terima aku nie..insya allah de la rezeki aku melekat kt mane2 company nt.

Baru2 nie aku, faizul n niza berpeluang menjejaki kaki ke stesen TV Al-Hijrah. Seronok wei dpt g stesen tv. Dorg kt sana best2 n sempoi je. Pertama kali juga aku ikut Dewi n CJ g Karangkraf sbb dorg ade esaimen kt sna. Best g Karangkraf dpt jupe Farah Deeba n jejaka2 hensem (body builder gitu)..hahahaha..

Lepas balik dr esaimen tu terus masuk opis n Dewi buat story pasal event kt Karangkraf. Dunia BJ(brodcast journalist) sangat mencabar dari fizikal dan mental. tp seronok cm2 pengalaman bole dpt. Kt opis lak, dpt kenal dgn adk ally iskandar, xsangka woo..walaupun xdpt jupe ally dpt kenal adk die pn jd la. hahahaha..

kiteorg stay kt opis tu sampai la berita jam 8mlm di siarkan. dapat tgk berita secara live. nie la pengalaman yang menyeronokkan bagi kiteorg. bukan senang nk dpt peluang cmnie.


Thursday, February 10, 2011

LTDL 2011



Nie lah pengalaman yang aku xdpt lupekn..1st time cover news utk event yang kira besar dan bermakna bagi warga UiTM- Le Tour De Langkawi. Aku dapat interview VC UiTM yang sangat sporting and frinedly, tapi gabra gak la.. yelah 1st time interview org besar2 nie.. cuma hari tu x sempat nk interview Menteri Pengajian Tinggi. Sepanjang aku study kt cnie, nie la pengalaman yang best bg diri ku.. dari aku x minat bidang wartawan nie, tetiba aku dah jatuh cinta dalam bidang nie.. hope pasnie cita2 aku ingin menjadi orang media tercapai..



Wednesday, February 9, 2011

Hari Kekasih- laluan kemungkaran

Menjelang bulan Februari, pasti ramai anak-anak muda yang sedang hangat dilamun cinta tidak sabar untuk meraikan ketibaan Hari Kekasih atau Hari Valentine yang jatuh pada tanggal 14 Februari. Bahangnya makin terasa.Kita boleh lihat banyak iklan, promosi dan tawaran hebat diadakan bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kekasih. Bukan itu sahaja, lebih menarik lagi, pelbagai filem berunsur romance dihidangkan sepanjang bulan kekasih ini buat santapan si pencinta bagi menghangatkan lagi suasana bersama pasangan masing-masing.

Namun begitu, dalam sedar atau tidak, kita boleh lihat bukan sahaja masyarakat bukan Islam yang menyambut Hari Kekasih, malah umat Islam juga turut sama meraikan perayaan tersebut walaupun hari yang diraikan tidak terdapat dalam ajaran Islam.

Melihat pada fenomena ini, sambutan Hari Kekasih semakin mendapat sambutan dalam kalangan umat Islam khususnya golongan remaja. Lebih menyedihkan lagi, terdapat segelintir daripada mereka yang bertindak di luar batasan sehingga menimbulkan masalah sosial dalam masyarakat. Berlakunya perbuatan-perbuatan tidak bermoral seperti zina, minum arak, menghidu gam, menghisap ganja dan dadah secara tidak langsung mencerminkan keperibadian yang bobrok dalam kalangan remaja dan memberi gambaran negatif terhadap golongan remaja, dari segi agama dan negara, keluarga dan generasi yang akan datang.

Tindakan Penyelesaian

Bagi membina kekuatan dalaman remaja Islam hari ini serta menghindarkan mereka daripada terus menerus terjebak dalam unsur kurang sihat seperti hari kekasih adalah dengan mengukuhkan keilmuan dan keimanan. Penjelasan berkenaan larangan menyambut hari kekasih perlulah diwar-warkan kepada seluruh umat Islam khususnya remaja agar mereka faham apa sebenarnya erti disebalik hari kekasih atau Hari Valentine.

Para emaja hendaklah didedahkan dengan ajaran-ajaran agama supaya pegangan iman mereka sentiasa teguh dan tidak mudah goyah dengan gangguan manusia dan syaitan.

Keinginan remaja untuk mencuba sesuatu yang baru sememangnya tidak boleh dielakkan. Dan tidak dinafikan juga bahawa remaja juga mudah memberontak. Mereka masih muda dan tidak tahu arah tujuan sebenar hidup di alam sementara ini. Apa yang dikejar hanyalah keseronokan. Dan penulis tidak terkejut jika terdapat antara mereka yang memberikan pelbagai alasan demi membenarkan mereka menyambut perayaan ini.

Antara alasan yang lazim didengari dari remaja sekarang ialah menyambut Hari Kekasih secara tidak berlebihan, menyambutnya dengan hanya menghantar kiriman khidmat pesanan ringkas atau menghadiahkan sekuntum bunga sebagai tanda cinta. Tetapi, mengapa ia tidak dilakukan pada hari-hari biasa?

Selain itu, bukan besar atau kecil hadiah yang menjadi persoalan. Pokok pangkalnya adalah niat. Menurut sumber sejarah, Valentine Day ini telah menjadi acara keagamaan buat penganut Kristian. Apakah kita sebagai umat Islam ingin tergolong dalam golongan penganut kristian?

Di dalam surah Ali Imram ayat 31 telah menyebut "Katakanlah (Wahai Muhammad jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengetahui."

Ayat di atas bermaksud setiap kasih dan sayang yang ditetapkan oleh Islam tidak seharusnya disalahgunakan bagi memenuhi kehendak peribadi sesuatu pihak. Ia perlulah digunakan dalam suasana yang tidak bertentangan dengan syariat Islam dan boleh diterima pakai oleh masyarakat umum.

Oleh sebab itu, pengetahuan merupakan perkara yang penting dalam hidup supaya kita tidak mudah ditipu dan dipengaruhi oleh anasir-anasir luar yang boleh membinasakan diri kita. Jika ceteknya pengetahuan, maka benteng keimanan seseorang Muslim itu mudah rapuh sekali gus akan hilanglah jati diri dalam kalangan remaja Muslim.

Peranan Pihak Terlibat

Pergaulan yang mesra dan lemah lembut sesama ahli keluarga merupakan faktor yang boleh menyemai semangat kekeluargaan. Lakukanlah aktiviti secara bersama, Insya-Allah anak-anak muda ini pasti memahami bahawa kasih dan sayang bukanlah terletak kepada motif pemberian sahaja, malah lebih kepada mengekalkan hubungan baik serta dapat sama-sama menuju ke jalan yang diredhai.

Selain itu, pihak media juga hendaklah memainkan peranan yang penting dalam membetulkan semula fahaman remaja tentang hari kekasih. Ini kerana, media merupakan satu medium penyebar infomasi yang paling berpengaruhi oleh segenap lapisan penduduk.

Oleh itu, kesemua pihak yang terlibat hendaklah memainkan peranan yang penting dalam mendidik anak-anak mereka agar tidak menyambut Valentine Day. Tambahan itu, isikanlah hati mereka dengan ilmu-ilmu akidah dan akhlak supaya mereka dapat menjaga benteng keimanan dari menjatuhkan maruah mereka sebagai remaja Muslim.